
COVID-19: Saringan kontak rapat telah dijalankan
AYER KEROH 27 Ogos – Susulan tiga kes baharu COVID-19 dicatatkan di Melaka, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Rahmad Mariman menjelaskan segalanya berjalan mengikut aturan dan saringan kontak rapat juga telah dibuat.
Beliau berkata segala tindakan telah diambil oleh Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah, Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah serta Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak.
“Semuanya berjalan ikut aturan, saringan kontak rapat juga telah dibuat.
“Antara tindakan yang telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah, Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah serta Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak ialah siasatan kes dan pengesanan kontak, rawatan ketiga-tiga kes dirujuk dan telah dimasukkan ke wad A4 Hospital Melaka.
“Nyahkuman dijalankan semalam dan hari ini di semua lokasi seperti rumah kes dan tempat kerja serta di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak. Arahan kuarantin kepada semua kontak rapat berisiko dan pendidikan kesihatan COVID-19 kepada semua,” katanya kepada Melaka Hari Ini melalui pesanan WhatsApp sebentar tadi.
Views:
Related


Berita Lain
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...