Covid-19: Risiko penularan wabak di PSS banjir
KUALA LUMPUR 15 Julai – Keadaan penghuni yang ramai di pusat penempatan sementara (PPS) berikutan bencana banjir boleh membawa risiko penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan mangsa dan petugas.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini, sebanyak 18 PPS telah dibuka di tujuh daerah dan menempatkan seramai 1,267 mangsa daripada 303 keluarga.
“Justeru itu, langkah-langkah pencegahan COVID-19 di PPS perlu diamalkan dan diberi perhatian oleh semua penghuni dan agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan serta kebajikan mangsa di PPS. Amalan seperti penjarakan sosial yang selamat, mencuci tangan dengan air dan sabun, etika batuk dan bersin perlu diamalkan sepanjang masa.
“Penghuni dan petugas juga dinasihatkan supaya mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S iaitu kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat sepanjang masa di PPS,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia telah menyatakan negara sedang mengalami cuaca lembap dari semasa ke semasa dan dijangka berterusan sehingga hujung Julai ini, dengan banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di Johor, Pahang, Selangor dan Melaka, menyebabkan PPS dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di kawasan terjejas.
Views:
Related
Berita Lain
15,000 DIJANGKA ‘SERBU’ PANTAI TANJUNG BIDARA
SUNGAI UDANG 11 Januari - Kira-kira 15,000 orang dijangka memeriahkan acara kemuncak Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Sukan...
MELAKA SASAR 10 PERATUS MASYARAKAT SERTAI SRS
KUALA LINGGI 11 Januari - Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Melaka menyasarkan 10 peratus masyarakat di negeri...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA ORANG ASLI
SUNGAI UDANG 11 Januari - Seramai 28 Tok Jekerah termasuk Tok Jenang dari perkampungan Orang Asli di kawasan Dewan Undangan...
SUKAN LAMBANG PERPADUAN ORANG MELAKA
SUNGAI UDANG 11 Januari - Penganjuran Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Sukan Antara Badan Beruniform Piala Ketua Menteri...
MELAKA ANJUR 2 PROGRAM SUKAN LIBAT LEBIH 6,200 RAKYAT, BADAN BERUNIFORM
SUNGAI UDANG 11 Januari - Lebih 6,200 peserta akan mengambil bahagian dalam dua kejohanan sukan iaitu Sukan Dua Jiwa Satu...
PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 11 Januari - Di sebalik populariti beberapa pantai tersohor di negeri Melaka seperti Pantai Puteri, Pengkalan Balak dan...