
COVID-19: Pertambahan tiga kluster baharu di Melaka
AYER KEROH 14 Julai – Tiga kluster baharu antara penyumbang 526 kes positif baharu di negeri ini, hari ini.
Menurut Jabatan Kesihatan negeri (JKN) tiga kluster itu ialah Kluster Jalan D’Aranjo, Kluster Jalan Lebuh Ayer Keroh dan Kluster Jalan Jasin Bestari.
Katanya, Kluster Jalan D’Aranjo membabitkan jangkitan komuniti dengan 26 individu disahkan positif COVID-19 setakat ini.
“Dua lagi kluster membabitkan jangkitan di tempat kerja.
“Kluster Jalan Lebuh Ayer Keroh yang menular di restoran di kawasan itu manakala Kluster Jalan Jasin Bestari membabitkan pasar raya.
“Dan setakat ini kes positif direkodkan, masing-masing 33 dan 47,” menurutnya dalam kenyataan di Facebook.
Sementara itu, JKN memaklumkan 408 daripada 526 kes positif baharu membabitkan jangkitan tempatan, 110 kes kalangan banduan dan lapan kes import.
“Satu kematian direkodkan hari ini, manakala 206 individu dilaporkan sembuh,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...