
Covid-19: Perlumbaan Grand Prix F1 Singapura 2020 dibatalkan
SINGAPURA 13 Jun — Perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) 2020 Singapura yang dijadualkan pada 20 Sept ini, dibatalkan susulan penularan wabak Covid-19.
GP Singapura dalam laman web semalam mengatakan pembatalan perlumbaan malam itu berikutan sekatan berterusan terhadap aktiviti pembinaan dan perniagaan disebabkan pandemik Covid-19.
Menurut penganjur, susulan sekatan berkenaan, kerja pembinaan litar perlumbaan dalam bandar yang biasanya bermula pada bulan Mei, tidak dapat dilaksanakan tepat pada waktu untuk perlumbaan yang dijadualkan pada bulan September ini.
“Beberapa bulan lepas adalah sangat mencabar untuk semua bidang, dan sekarang kami telah membuat keputusan sukar, yang diterima oleh Formula 1 dan pihak berkepentingan,” kata Timbalan Pengerusi GP Singapura Colin Syn.
Syn berkata kesihatan serta keselamatan kontraktor dan pekerja, penonton, kru F1, petugas dan marshall menjadi keutamaan pihaknya buat masa ini.
GP Singapura akan menawarkan pilihan untuk mengembalikan wang dalam tempoh 30 hari bekerja, atau boleh digunakan untuk perlumbaan tahun hadapan.
Pemegang tiket boleh menghubungi penganjur untuk langkah seterusnya manakala mereka yang membeli tiket menerusi penjual tiket yang sah SGP, boleh menghubungi pihak berkenaan untuk bayaran balik.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
ANAK PENGKALAN BATU HEBAT DI LITAR TERIMA ANUGERAH IKON SUKAN
PENGKALAN BATU 25 Februari - "Anugerah ini amat bermakna untuk saya, terima kasih kerana memberi satu pengiktirafan yang akan saya...
MELAKA TUAN RUMAH TUJUH KEJOHANAN TENIS KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA
AYER KEROH 24 Februari - Melaka bakal menjadi tuan rumah bagi tujuh kejohanan tenis peringkat kebangsaan dan antarabangsa dijadual bermula...
1,000 PESERTA MERIAHKAN SATRIA BRISKWALK
PENGKALAN BATU 23 Februari - Penganjuran Langkah Satria BriskWalk sejauh 4.5 kilometer turut melalui Jejantas Tun Teja, melibatkan 1,000 peserta...
20 FEBRUARI: LIMA KELAB GOLF DI MELAKA DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA
TABOH NANING 21 Februari - Tawaran caj padang (Green Fees) percuma oleh lima kelab golf di negeri ini sempena cuti...
MASUK PERCUMA KE LIMA KELAB GOLF LENGKAPKAN SAMBUTAN 20 FEBRUARI
TABOH NANING 20 Februari - Penglibatan lima kelab golf di negeri ini yang menawarkan kemasukan percuma sempena sambutan Hari Pengisytiharan...
REMAJA SERTAI LARIAN MAHU RASA SUASANA DI KAMPUNG
TANJUNG BIDARA 17 Februari - Mahu menikmati suasana kampung, antara faktor Mohamad Syazzuan Shah Abdullah, 17, menyertai acara Merentas Desa...