
COVID-19: Pasar raya di Ayer Keroh ditutup tujuh hari
AYER KEROH 10 Julai – Sebuah pasar raya di sini diarah tutup sementara selama tujuh hari bermula hari ini selepas seorang jurujual luar yang bertugas di premis itu disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.
Perkara itu disahkan kakitangan pasar raya berkenaan selepas dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).
Ia susulan tular notis penutupan sementara premis berkenaan selama tujuh hari sehingga 17 Julai ini yang dikeluarkan petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
“Kami mendapat arahan penutupan selepas jurujual wanita berkenaan yang bukan kakitangan pasar raya ini disahkan positif ketika bertugas di sini 10 hari lalu.
“Penutupan itu perlu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di premis,” katanya enggan mengulas lanjut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.