
COVID-19: Melaka tangguhkan penganjuran majlis rasmi
AYER KEROH 27 Okt. – Kerajaan negeri memutus menangguhkan kesemua penganjuran majlis dan acara rasmi kerajaan negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Dr. Hasim Hasan berkata, Mesyuarat Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka pada 23 Oktober lalu telah memutuskan semua penganjuran majlis atau acara rasmi kerajaan negeri ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
“Keputusan ini adalah berdasarkan laporan peningkatan kes baharu positif COVID-19 Melaka dan makluman daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) mengenai kemungkinan berlaku penularan wabak dalam komuniti setempat.
“Kerajaan negeri percaya bahawa kemudahan kesihatan di negeri ini telah bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk gelombang wabak itu,” katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan negeri menyeru agar semua pihak agar sentiasa mematuhi arahan MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal, tidak bersentuhan termasuk bersalaman, elakkan berada dalam tempat yang sesak dan sempit serta memakai pelitup muka di kawasan awam.
“Diharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama agar penularan wabak ini dapat dihentikan,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...
DUA PEMUDA DISYAKI AKTIF EDAR DADAH DITAHAN POLIS
AYER KEROH 18 April - Dua lelaki yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak empat bulan lalu ditahan bersama...
DEWAN BELIA NEGERI MELAKA BUKAN UNTUK ‘GLAMOUR’ TETAPI LAKSANAKAN AMANAH
SERI NEGERI 18 April - Dewan Belia Negeri Melaka bukan sekadar medan berhujah, sebaliknya dimanfaatkan sebagai platform untuk mengemukakan cadangan...
MASALAH RESIDENSI PRIMA KLEBANG 2 DIJANGKA SELESAI SUKU KEDUA 2025
KLEBANG 18 April - Kerajaan Negeri memberi jaminan pemasalahan berkaitan projek Residensi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Klebang 2, ditangani sebaiknya...
B.E.L.I.A TERAS UTAMA KEPIMPINAN ORANG MUDA MELAKA
SERI NEGERI 18 April - Bagi memastikan kepimpinan belia Melaka terus unggul dan relevan, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...