
COVID-19: Melaka rekod pertambahan 92 kes jangkitan baharu
AYER KEROH 26 Jan. – Melaka merekodkan pertambahan 92 kes jangkitan baharu COVID-19 hari ini membabitkan kluster sedia ada.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, daripada jumlah itu Kluster Bukit Palah dan Kluster Bukit Sebukor masing-masing merekodkan sebanyak lima kes; Kluster Tembok Sungai Udang (enam kes); Kluster Tembok Kemus (empat kes), Kluster Serkam Tengah (tiga kes) dan Kluster Bali Residence (dua kes).
“Empat lagi kluster masing-masing merekodkan satu kes, iaitu Kluster Telok Mas, Kluster Anak Air, Kluster Dialisis Malim dan Kluster Jalan Usaha.
“Manakala, lain-lain jangkitan daripada kontak rapat (38 kes), saringan bergejala (18 kes), saringan kerja (empat kes), kemasukan wad (dua kes) dan saringan kendiri (satu kes),” katanya kepada MHI.
Ujarnya, setakat hari ini sebanyak 37 kes positif COVID-19 telah sembuh, 1,354 kes sedang dirawat dan 473 kes isolasi di rumah.
“Sebelum ini terdapat 15 kes yang isolasi di rumah dimasukkan je Hospital Melaka kerana bergejala dan empat kes telah sembuh,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
KONGSI REZEKI, SANTUNI 1,000 PENDUDUK AYER LIMAU
AYER LIMAU 17 Mac - Atas semangat mahu berkongsi rezeki pihak Japerun Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau melaksanakan Program...
50,000 DIJANGKA ‘SERBU’ SAMBUTAN HARI RAYA MADANI MELAKA, 5 APRIL DEPAN
KLEBANG 17 Mac - Melaka dipilih menjadi tuan rumah Sambutan Hari Raya Madani 2025 yang dijadual pada 5 April depan,...
BAZAR RAMADAN DI MELAKA ANTARA YANG TERBAIK DI MALAYSIA
KLEBANG 17 Mac - Tiga bazar Ramadan di Negeri Melaka berjaya menempatkan diri sebagai antara bazar terbaik di Malaysia oleh...
TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI
DURIAN TUNGGAL 16 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan...
LELAKI HILANG TIGA HARI DITEMUKAN MAUT DALAM LONGKANG
IPOH 16 Mac - Seorang lelaki berumur 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut di dalam...
SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT
BATU PAHAT 16 Mac - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara...