
COVID-19: Melaka rekod kematian tertinggi hari ini dengan lapan kes
AYER KEROH 5 Julai – Seramai lapan individu disahkan meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 hari ini sekali gus jumlah tertinggi direkodkan di Melaka setakat ini.
Pertambahan itu menjadikan keseluruhan kes kematian di Melaka meningkat kepada 168 kes setakat ini, iaitu 155 kes meninggal dunia di hospital dan 13 sebelum tiba di hospital.
Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, kes kematian membabitkan tujuh lelaki dan seorang wanita berusia 47 hingga 75 tahun dengan majoriti mempunyai latar belakang penyakit kronik.
Katanya, enam lelaki terbabit menetap di daerah Melaka Tengah, manakala selebihnya seorang warga emas lelaki dan wanita menetap di daerah Alor Gajah.
Sementara itu, sebanyak 206 kes jangkitan baharu dicatatkan hari ini dengan pecahan 171 jangkitan tempatan, 38 kes jangkitan banduan dan tujuh kes import.
Terdapat 32 kluster masih aktif, namun tiada pertambahan kluster baharu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...