
COVID-19 : Melaka catat satu kes positif
Masa Membaca:33 Saat
AYER KEROH 19 Nov. -Melaka merekodkan satu kes positif COVID-19 membabitkan kes jangkitan tempatan berumur 49 tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kes baharu itu hasil saringan kontak rapat di daerah Melaka Tengah Mukim Balai Panjang.
“Setakat hari ini sebanyak 44 kes positif COVID-19 di mana 42 kes dirawat di Hospital Melaka, satu kes di Hospital tampin dan satu kes di Hospital Kluang.
“Bagaimanapun dua kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya kepada MHI.
Katanya, terdapat lima kes sembuh pada hari ini dan tiada kes kematian dilaporkan.
Menurut data Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Kluster Umboo telah diisytiharkan tamat pada hari ini.
Views:
554