
COVID-19: Melaka catat kes sembuh lebih tinggi berbanding kes positif
AYER KEROH 27 Feb. – Jumlah pesakit sembuh mengatasi kes baharu positif COVID-19 di negeri ini, mengikut data yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, hari ini.
Jabatan berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat 37 kes sembuh direkodkan setakat hari ini, sekali gus menjadikan kes yang masih dirawat berkurang menjadi 297 orang.
Kes positif baharu di negeri ini pula meningkat kepada 17 kes hari ini, berbanding 13 yang direkodkan semalam.
Semua kes baharu disumbangkan dua kluster aktif iaitu Kluster Teknologi Berendam yang merekodkan lima kes dan Kluster Telok Mas dengan satu kes baharu.
“Baki 11 lagi kes positif hari ini adalah hasil saringan kontak rapat kes positif (lapan kes), manakala masing-masing satu daripada saringan kemasukan wad, saringan kerja dan saringan bergejala.
“Daripada keseluruhan 297 kes yang masih dirawat, sembilan daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan,” menurut kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...