
COVID-19: Melaka catat kadar kebolehjangkitan tertinggi semalam
KUALA LUMPUR 14 Feb (Bernama) – Kadar kebolehjangkitan (Rt)
COVID-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara iaitu pada
0.92 setakat semalam dengan Melaka mencatatkan Rt tertinggi
iaitu pada 1.07.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau
menunjukkan Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi pada
1.06 diikuti Kedah (1.04) dan Johor (1.01).
Negeri-negeri lain yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah
Sarawak (0.96), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak
(0.95), Kelantan (0.92), Selangor (0.89), Pahang (0.86),
Terengganu (0.82), Sabah (0.80), Perlis (0.77), Putrajaya
(0.73) manakala Labuan (0.65).
Semalam, kes baharu positif pandemik COVID-19 merekodkan empat
angka dengan 3,499 kes selain lima kematian dilaporkan.
Untuk rekod pada 7 Februari lalu, Melaka turut mencatatkan Rt
COVID-19 harian tertinggi negara, iaitu pada 1.17.
Views:
Related

Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...