COVID-19: Melaka catat dua kematian berturut-turut
AYER KEROH 30 Jan. – Melaka merekodkan dua kematian pesakit COVID-19 dalam tempoh dua hari berturut-turut, sekali gus menjadikan antara yang terburuk pernah direkodkan.
Jumlah itu juga menyaksikan COVID-19 kini meragut keseluruhan 10 nyawa di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, kematian terbaharu pada hari ini membabitkan pesakit wanita berusia 64 tahun dari mukim Bertam yang mempunyai sejarah penyakit kronik.
“Pesakit itu pada awalnya datang ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan, namun semasa saringan kemasukan telah didapati positif COVID-19 dan meninggal dunia di Hospital Melaka hari ini.
“Ia sekali gus menjadi kematian kedua berturut-turut direkodkan dalam dua hari di negeri ini selepas semalam terdapat satu kematian membabitkan banduan berusia 36 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis,” katanya.
Mengulas lanjut, Rahmad memaklumkan terdapat pertambahan 42 kes positif baharu COVID-19 hari ini yang majoritinya adalah kontak rapat kepada kes aktif sebelum ini.
Selain itu, turut direkodkan 193 kes sembuh menjadikan keseluruhan 2,390 kes sembuh sehingga kini.
Views:
Related


Berita Lain
BEKAS WARTAWAN MELAKA HARI INI MENINGGAL DUNIA
ALOR GAJAH 15 Mac - Bekas wartawan sambilan Melaka Hari Ini, Jaafar Neemat meninggal dunia di Hospital Alor Gajah, hari...
TUJUH TERNAKAN DILELONG JIKA TIDAK DITUNTUT – MPAG
ALOR GAJAH 15 Mac – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menangkap tujuh ekor ternakan dikesan berkeliaran sekitar Taman Datuk Setia,...
MCMC FOKUS PERANGI ISU PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL
MACHAP JAYA 15 Mac - Isu penyalahgunaan media sosial seperti membuat hantaran jelik berkaitan isu 3R (Race, Religion dan Royalty)...
TANDA KASIH DAN SAYANG MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Seramai 120 anak yatim dan asnaf di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
225 PENIAGA TAWAR MENU RAHMAH DI BAZAR RAMADAN MELAKA
DUYONG 15 Mac - Seramai 225 peniaga secara sukarela mendaftar dan menawarkan menu bawah RM5 di tiga Bazar Ramadan RAHMAH...
HANYA 30 PERATUS RAKYAT MELAKA SELESA BERBELANJA CARA DIGITAL
DUYONG 15 Mac - Kerajaan Negeri akan terus memperkasa penggunaan transaksi digital tanpa tunai dalam kalangan pengguna Pasar Ramadan seluruh...