
COVID-19: Melaka catat 212 kes, empat kematian, tiga kluster baharu, angka tertinggi harian direkodkan
AYER KEROH 20 Mei – Melaka mencatatkan kes positif COVID-19 tertinggi setakat ini dengan 212 kes hari ini.
Peningkatan mendadak itu disumbangkan kluster sedia dan tiga kluster baharu.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM), tiga kluster baharu itu merangkumi dua kluster tempat kerja iaitu Kluster Jalan Dato Dol Said dan Kluster Bukit Tempayan serta kluster Komuniti dikenali Kluster Batu Lapan Bukit Rambai.
“Kluster Jalan Dato Dol Said melibatkan daerah Alor Gajah dan Jasin yang mana sehingga kini 136 individu telah disaring dan 27 kes positif telah direkodkan.
“Kluster Bukit Tempayan membabitkan tempat kerja di daerah Melaka Tengah pula merekodkan 11 kes positif dan seramai 62 individu telah disaring.
“Satu-satunya kluster melibatkan komuniti iaitu Kluster Batu Lapan Bukit Rambai pula merekodkan 12 kes positif hasil saringan terhadap 30 individu membabitkan kontak rapat di daerah Melaka Tengah dan Jasin,” kata kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Melaka turut mencatatkan kematian tertinggi hari ini iaitu empat kes membabitkan lelaki berusia 50, 63, 72 dan 86 tahun yang mempunyai latar belakang pelbagai jenis penyakit.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...