
COVID-19 : Melaka catat, 178 kes positif baharu, lima kematian
AYER KEROH 12 Jun – Sebanyak 178 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 meningkat kepada 14,705 kes di Melaka.
Berdasarkan kenyataan di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka, daripada jumlah itu 174 kes membabitkan warga tempatan dan empat kes import.
Menurut kenyataan itu, daerah Melaka Tengah merekodkan kes baharu terbanyak iaitu 102 kes diikuti 49 kes di Alor Gajah dan 27 kes daerah Jasin.
“Selain itu, setakat hari ini terdapat 27 kluster aktif di Negeri Melaka (kluster Melaka) dan satu kes luar Melaka.
“Terdapat pertambahan kes bagi kluster sedia ada iaitu 44 kes dari Kluster Industri Batu Berendam dan lima kes Kluster Batu 16 Bemban.
“Diikuti tiga kes dari Kluster Industri
Pengkalan Balak dan satu kes Kluster Jalan Kolej Yayasan,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, sebanyak 1,855 kes
sedang dirawat termasuk 49 di unit rawatan rapi (ICU) dan 16 menggunakan bantuan alat pernafasan.
“Terdapat lima kematian akibat COVID-49 hari ini, manakala kes sembuh pula sebanyak 358 kesorang,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...
PENGANGGUR DISYAKI CABUL GADIS SEDANG BERSENAM
AYER KEROH 11 April - Seorang lelaki yang juga penganggur ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis dalam kejadian di...
KERAJAAN PERPADUAN SEMAKIN MATANG, SELESAI MASALAH RAKYAT
BUKIT KATIL 11 April - Selepas tiga tahun, pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat...
DUA MAUT, TIGA PARAH DALAM KEMALANGAN DI JOHOR BAHRU
JOHOR BAHRU 11 April - Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua pacuan empat...