
COVID-19: Melaka catat 1 kematian, lima kes baharu
AYER KEROH 26 Dis : Satu kes kematian dan lima kes positif baharu COVID-19 direkodkan di Melaka hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman.
Menurut beliau, kes kematian terbaharu itu melibatkan mangsa berumur berusia 70 tahun daripada Mukim Telok Mas, Daerah Melaka Tengah.
“Pesakit baharu sehari dimasukkan ke Hospital Melaka dan mengalami pelbagai komplikasi penyakit termasuk penyakit darah tinggi dan kencing manis.
“Manakala lima kes jangkitan baharu yang direkodkan hari ini adalah satu dikesan di Daerah Melaka Tengah sementara masing-masing dua lagi di Daerah Jasin dan Alor Gajah,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya hari ini.
Sementara itu, maklumat daripada Telegram rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) memaklumkan satu kes baharu di Melaka Tengah membabitkan Mukim Bukit Katil individu berusia 58 tahun.
“Dua jangkitan baharu di Alor Gajah adalah bagi Mukim Machap dan Sungai Baru Ilir individu berusia 33 dan 63 tahun.
“Bagi Jasin, ia membabitkan Mukim Ayer Panas dan Jasin iaitu bayi berusia lima bulan dan pesakit berumur 24 tahun.
“Manakala bagi jumlah kes sembuh pula merekodkan 139 kes,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...
PPSPM SUSUN PELBAGAI ACARA MENJELANG WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 27 April - Pelbagai program menarik sedang disusun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi bersama-sama memeriahkan...
‘RAYA TAK RILEKS’ DUYONG KENA SERBU
DUYONG 27 April - Suasana penghujung Syawal terus membara di Duyong apabila lebih 10,000 pengunjung membanjiri Jamuan Raya Tak Rileks...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...