
COVID-19: Masjid Kampung Hulu, Masjid Kg Kling ditutup
KOTA LAKSAMANA 30 Julai – Masjid Kampung Hulu dan Masjid Kampung Kling, di sini diarahkan tutup selepas ada jawatankuasa masjid berkenaan disahkan positif COVID-19.
Perkara itu disahkan Noja Masjid Kampung Hulu, Abdullah Abdul Kadir, 71, ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Abdullah berkata, penutupan itu dilakukan selepas seorang bilal masjid berkenaan positif COVID-19 dan menjalani kuarantin.

“Kita dimaklumkan dia (bilal) pernah ke Masjid Kampung Kling dan apabila masjid itu dimaklumkan ada kes, dia juga disahkan positif COVID-19 selepas menjalani saringan.
“Jadi sekarang kedua-dua masjid ditutup, saya tidak pasti sampai bila mungkin selama dua minggu dan segala aktiviti termasuk solat Jumaat terpaksa dihentikan sementara,” katanya.
Melalui satu foto yang tular, Masjid Kampung Hulu ditutup bermula hari ini sehingga 4 Ogos depan.
Difahamkan, penutupan itu dilakukan bagi tujuan kerja-kerja sanitasi dijalankan, selain pengesanan kontak rapat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
CERIA TERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI
LENDU 15 Mac - Kanak-kanak mengalami kesukaran berjalan akibat masalah saraf Sheikh Muhammad Alif Alashiri, 12, antara penerima sumbangan bantuan...
PINTU MASUK MELAKA LEBIH INDAH, CERIA SEMPENA AIDILFITRI
PAYA RUMPUT 15 Mac - Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta untuk menceriakan kesemua pintu masuk...
TINDAKAN TEGAS MENANTI KONTRAKTOR PENYELENGGARAAN TIDAK IKUT SOP – MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada kontraktor penyelanggaraan...
KPDN EDAR 18,000 BAUCAR E-DOMPET
DUYONG 15 Mac - Sejumlah 18,000 baucar e-dompet diedarkan dan dinikmati oleh rakyat Melaka bermula 11 hingga 15 Mac (hari...
NENEK ‘BERTUNANGKAN’ SCAMMER, ANTARA KISAH PENIPUAN TERJADI DI MELAKA
MACHAP JAYA 15 Mac - Menemui cinta di usia senja mungkin sepatutnya menjadi kenangan terindah buat seorang wanita warga emas...
BEKAS WARTAWAN MELAKA HARI INI MENINGGAL DUNIA
ALOR GAJAH 15 Mac - Bekas wartawan sambilan Melaka Hari Ini, Jaafar Neemat meninggal dunia di Hospital Alor Gajah, hari...