COVID-19: Lebih 48,000 peniaga, pekerja divaksin menerusi RiVAC

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KUALA BERANG, 5 Sept – Seramai 48,288 peniaga dan pekerja sudah menerima vaksin COVID-19 menerusi Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) di seluruh negara setakat ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata daripada jumlah tersebut seramai 23,488 orang sudah lengkap disuntik dua dos vaksin COVID-19.

“Sasaran kita sehingga akhir tahun ini ialah seramai 500,000 pekerja sektor peruncitan dan makanan menerima vaksin bagi memudahkan mereka membuka perniagaan dan kedai makan termasuk untuk ‘dine-in’ (makan di premis).

“Kita faham berdasarkan jumlah yang telah divaksin itu agak perlahan berbanding daripada sasaran yang ditetapkan tetapi kementerian (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat besar yang mempunyai pekerja yang ramai untuk membuka proses vaksinasi melalui program RiVAC di premis mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program penyampaian komputer riba kepada pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Hulu Terengganu, di sini hari ini.

Bagi golongan terlibat dalam sektor peruncitan yang kecil atau mempunyai pekerja yang tidak ramai pula katanya, mereka boleh berunding dengan kementerian bagi mendapatkan garis panduan untuk memastikan pekerja mereka segera divaksin.

Rosol menambah selain Lembah Klang, program RiVAC setakat ini telah dilaksanakan di beberapa lokasi termasuk Melaka, Pulau Pinang dan Perak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

399
Kongsi :
Previous post Fasa 2 PPN beri rahmat buat peniaga kecil
Next post 900,000 pekerja kilang lengkap vaksin akhir bulan ini
Ubah saiz-+=