
COVID-19: Lebih 22 juta populasi dewasa lengkap dos vaksin
KUALA LUMPUR, 20 Okt – Sebanyak 22,013,263 atau 94 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap dos vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW.
Dalam tempoh sama, sebanyak 97.2 peratus atau 22,764,203 individu populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Setakat semalam juga, 134,684 dos suntikan vaksin telah diberikan melibatkan 118,575 suntikan dos lengkap dan 14,744 menerima suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 48,181,111.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 1,039,689 atau 33 peratus individu telah lengkap vaksin manakala 79.1 peratus atau 2,491,822 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula 8 Sept lepas.
Dalam pada itu, sejumlah 1,365 dos penggalak vaksin COVID-19 telah diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 32,121.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...