
COVID: Lapan kematian termasuk wanita dari kluster varian Delta
AYER KEROH 8 Julai – Lapan lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan korban keseluruhan pandemik berkenaan di Melaka meningkat kepada 183 kes.
Antara kematian dilaporkan ialah seorang wanita 42 tahun dari Semabok yang merupakan kontak rapat Kluster Bukit Godek iaitu kluster dikaitkan dengan varian Delta.
Selain itu, empat lagi kematian membabitkan warga emas dan selebihnya individu berusia 42 hingga 46 tahun termasuk seorang orang kurang upaya (OKU).
Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka, terdapat pertambahan 183 kes positif baharu pada hari ini yang majoritinya disumbangkan kluster berkaitan tempat kerja.
Kluster mencatat jumlah kes positif harian tertinggi ialah Kluster Industri Batu Berendam dengan 12 kes, diikuti Kluster Industri Cheng 22 (10 kes) dan Kluster Jalan Mangga 1 (tujuh kes).
“Sehingga kini, 2,716 masih dirawat di negeri ini dengan 86 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 26 memerlukan alat bantuan pernafasan,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...