
COVID-19: Korea Selatan rekod 600,000 kes semalam
SEOUL, 17 Mac – Korea Selatan terus menyaksikan peningkatan kes COVID-19 iaitu 621,328, pada tengah malam Rabu, angka tertinggi setakat ini dan jumlah kumulatif mencecah 8,250,592 kes, lapor Xinhua.
Angka kes harian meningkat secara mendadak berbanding hari sebelumnya iaitu 400,711, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).
Peningkatan kes didorong oleh penularan wabak varian Omicron kebanyakkannya di kawasan metropolitan Seoul, Gyeonggi dan Incheon.
Sementara itu, individu mengalami gejala serius berjumlah 1,159, turun 85 berbanding hari sebelumnya.
Sebanyak 429 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah korban setakat ini 11,481 orang dengan kadar kematian 0.14 peratus.
Seramai 86.6 peratus penduduk Korea Selatan atau 44,443,726 individu sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19.
Jumlah mereka yang menerima dos penggalak pula seramai 32,185,393 atau 62.7 peratus.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JPJ BAKAL UMUM GARIS PANDUAN, SOP KENDERAAN PERDAGANGAN DAN PERKHIDMATAN AWAM
KUALA TERENGGANU 14 April - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu membabitkan...
MAIM TAWAR TPK KHAS UNTUK TUNAS BELIA
AYER KEROH 14 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempelawa anak-anak penerima bantuan MAIM untuk melanjutkan pengajian dalam bidang...
KERTAS SIASATAN KES BULI PELAJAR MRSM DIHANTAR KE TIMBALAN PENDAKWA RAYA
KEPALA BATAS 14 April - Kertas siasatan berhubung kes sekumpulan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Nibong Tebal di...
SUSPEK KES CULIK REMAJA 16 TAHUN MAUT DITEMBAK DI KLANG
SHAH ALAM 14 April - Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes culik membabitkan remaja berusia 16 tahun maut dalam kejadian...
HAMPIR 300 SERTAI MEMANAH PIALA KETUA MENTERI
TANJUNG BIDARA 14 April - Hampir 300 peserta kanak-kanak dan dewasa mengambil bahagian pada penganjuran Kejohanan Memanah Tradisional Melaka Siri...
ZIARAH KASIH KEMBARA KAK SOM PADA WRUR DUN LENDU DAN SUNGAI UDANG
PENGKALAN BATU 14 April - Menyantuni dan mendengar permasalahan komuniti setempat terus diberikan penekanan oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan...