
COVID-19: Kluster Jalan Kejora, kluster terbaru di Melaka
AYER KEROH 28 Jan. – Satu lagi kluster baharu direkodkan di negeri ini iaitu Kluster Jalan Kejora membabitkan 36 pesakit positif COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, punca jangkitan kluster berkenaan dipercayai daripada pergerakan rentas negeri dari kawasan zon merah iaitu dari Banting, Selangor dan Kedah pada 17 Januari lalu.
Katanya, seramai 248 kontak rapat daripada kluster berkenaan menjalani saringan ujian calitan.
“Seramai 36 daripadanya didapati positif manakala 205 lagi negatif dan tujuh lagi masih menunggu keputusan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata ia sekali gus menjadikan jumlah kes baharu di negeri ini seramai 73 orang termasuk enam daripadanya kes import.
“Setakat ini seramai 1,160 pesakit masih menerima rawatan termasuk sembilan daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka manakala lima lagi memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...