
COVID-19: Kluster Berendam tambah enam kes baharu
AYER KEROH 11 Okt. – Kes positif COVID-19 di negeri Melaka merekodkan pertambahan enam kes baharu hari ini, menjadikan 26 kes positif aktif kini masih dirawat di Hospital Melaka.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi Melaka Hari Ini memaklumkan kesemua enam kes baharu itu melibatkan Kluster Berendam di mukim Batu Berendam di daerah Melaka Tengah.
“Enam kes tersebut merupakan kes daripada jangkitan tempatan hasil saringan kontak rapat sebelum ini.
“Pertambahan kes baharu itu menjadikan Melaka kini masih merekodkan 26 kes aktif yang sedang dirawat di Hospital Melaka,” katanya.
Mengikut data yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, enam kes tersebut melibatkan pesakit berumur 23, 28, 33, 44, 45 dan 49 tahun.
Tiada kes kematian dan tiada sebarang kes sembuh direkodkan di Melaka Hari Ini.
Views:
Related


Berita Lain
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...