
(KEMAS KINI) COVID-19: Kilang telur di Durian Tunggal ditutup dua minggu
DURIAN TUNGGAL 24 Julai – Sebuah kilang pengeluar telur di Durian Tunggal ditutup dua minggu susulan peningkatan kes positif COVID-19 membabitkan pekerjanya.
Berdasarkan notis dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tular hari ini, tertera nama kilang berkenaan LTK (Melaka) Sdn Bhd beralamat di Batu 11 1/2 di Durian Tunggal yang ditutup bermula 3 petang semalam.
Exco Kesihatan, Datuk Rahmad Mariman berkata, kilang berkenaan diarah tutup bermula semalam hingga 6 Ogos ini.
Katanya, arahan penutupan itu bagi membolehkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengenal pasti punca jangkitan dan mengesan kontak rapat pekerja yang positif.
“Setakat ini, seramai 119 pekerja telah menjalani ujian calitan dan 20 daripadanya didapati positif.
“Selebihnya masih menunggu keputusan dan diarahkan menjalani kuarantin wajib,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.
Difahamkan, kilang berkenaan mengeluarkan telur lebih satu juta sehari sebelum diedarkan kepada rangkaian pemborong masing-masing termasuk pasaran tempatan dan dieksport ke Singapura.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...