
Covid-19: Kes pulih hampir 98 peratus
KUALA LUMPUR 7 Julai – Usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini terus menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah kes yang sembuh terus meningkat kepada 8,481 atau 97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Lebih memberangsangkan, hari ini juga tidak ada kes kematian dicatatkan sekali gus menjadikan jumlah maut akibat wabak itu, kekal 121 kes untuk 23 hari berturut-turut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata hari ini terdapat lima kes sembuh dan hanya enam kes baharu, dilaporkan.
“Enam kes baharu dilaporkan, ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,674 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 72 kes.
“Bagi kes baharu, empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala dua kes penularan di dalam negara. Semua kes baharu adalah warga tempatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...