
COVID-19 – Kes kematian di Melaka kekal dua digit
AYER KEROH 23 Julai – Melaka kekal mencatatkan dua angka kes kematian akibat COVID-19 dengan 13 individu menjadi korban terbaharu, hari ini.
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri kes kematian itu membabitkan sembilan wanita dan empat lelaki berusia lingkungan 33 hingga 76 tahun.
Katanya, kesemua mangsa mempunyai sejarah penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, kegagalan buah pinggang, obesiti, penyakit jantung, strok, sle, hepatitis c serta asma.
“Punca jangkitan adalah daripada kalangan kontak keluarga, kontak kerja, sporadik dan kontak sosial,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut, penambahan itu menjadikan jumlah kematian direkodkan di negeri ini meningkat kepada 298 kes setakat ini.
“Daripada jumlah itu seramai 273 individu disahkan meninggal dunia di hospital manakala 25 individu lagi meninggal sebelum tiba di hospital,” katanya.
Sementara itu, sebanyak 452 kes jangkitan baharu direkodkan hari ini membabitkan 438 kes tempatan, tujuh kes import dan tujuh kes banduan.
“Sebanyak 4,138 kes masih aktif di negeri ini yang mana 94 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 29 kes menggunakan bantuan alat pernafasan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...