
COVID-19: Kes baharu menurun kepada 2,461 hari ini
KUALA LUMPUR, 20 Feb – Malaysia mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 kepada 2,461 kes hari ini daripada 2,936 yang dicatatkan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Semua kes baharu hari ini adalah penularan dalam negara yang melibatkan seramai 1,589 warga tempatan dan 872 bukan warganegara, menjadikan kes terkumpul positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 280,272 dengan kes aktif sebanyak 34,468, katanya dalam satu kenyataan berhubung perkembangan COVID-19 hari ini..
Beliau berkata selain daripada itu 4,782 kes sembuh dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 244,753 kes atau 87.3 peratus daripada keseluruhan kes.
“Sebanyak lapan kematian disebabkan COVID-19 dilaporkan, menjadikan kes kumulatif sebanyak 1,051 kes, manakala 207 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 91 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...