
COVID-19: Kes baharu meningkat kepada 20,837 – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Kes harian COVID-19 dalam negara hari ini meningkat semula ke paras 20,000 apabila sebanyak 20,837 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Kali terakhir Malaysia mencatat kes baharu di paras 20,000 adalah pada Sabtu dengan 22,262 kes.
Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Facebook dan Twitter, Dr Noor Hisham berkata dengan pertambahan kes hari ini, jumlah kumulatif COVID-19 di negara kini 1,593,602.
Menurutnya Selangor masih mencatat jumlah kes paling tinggi dengan 4,645 kes, diikuti Sabah (3,376), Pulau Pinang (2,054), Kedah (1,772), Johor (1,743), Sarawak (1,543), Kelantan (1,422), Kuala Lumpur (1,284) dan Perak (1,242).
Negeri lain yang mencatat kes di bawah angka 1,000 adalah Pahang dengan 521 kes, Melaka (396), Terengganu (383), Negeri Sembilan (351), Perlis (74), Putrajaya (27) dan Labuan (empat).- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PM ANWAR TIBA UNTUK BERAYA DENGAN RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 5 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, tiba...
PERPADUAN, KEHARMONIAN RAKYAT FAKTOR MELAKA JADI PILIHAN PELANCONG
AYER KEROH 5 April - Keunikan Melaka sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan budaya, selain rakyatnya harmoni dan...
KEMERIAHAN SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI MELAKA BERMULA
AYER KEROH 5 April - Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dibanjiri orang ramai seawal jam 8 pagi tadi bagi bersama-sama...
7,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN RIM
RIM 5 April - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim di Dewan Bendahara MRSM Tun Ghafar Baba, malam...
LAPAN PROGRAM BAHARU RANCAKKAN SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN
AYER KEROH 5 April - Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) yang dimulakan sejak dua tahun lalu kini dirancakkan dengan lapan program...
MEDIA SOSIAL PLATFORM PROMOSI KEMPEN TAAT SETIA RUKUN NEGARA
AYER KEROH 4 April - Kempen Taat Setia Rukun Negara yang dimulakan di Negeri Melaka akan diperluaskan ke seluruh negara...