
COVID-19: Jerman perketat sekatan pergerakan menjelang Krismas
Canselor Angela Merkel dalam satu sidang akhbar berkata semua kedai barangan dan perkhidmatan kurang penting akan ditutup pada Rabu, sekolah dan pusat jagaan juga akan ditutup sehingga sekurang-kurangnya 10 Januari di kebanyakan negeri persekutuan.
Mencatatkan purata melebihi 20,000 kes COVID-19 dalam tempoh tujuh hari, Merkel berkata jumlah itu hampir mengatasi kemampuan tindak balas sistem kesihatan awam.
Canselor itu berkata, mengikut langkah-langkah baharu yang dipersetujui oleh negeri persekutuan, restoran dan kafe juga akan ditutup dan hanya akan menawarkan perkhidmatan bawa pulang.
“Pertemuan ahli keluarga dihadkan kepada lima orang dari dua isi rumah serentak,” lapor agensi itu memetik Merkel.
Langkah itu juga meminta orang ramai melakukan kuarantin kendiri sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum pertemuan keluarga sempena perayaan Krismas.
Kerajaan tidak membenarkan penjualan bunga api untuk Malam Tahun Baru manakala minum alkohol di khalayak ramai juga dilarang antara 16 Disember dan 10 Januari, tambahnya.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...