
COVID-19: Japerun Pantai Kundor disanitasi
PANTAI KUNDOR 8 Okt. – Proses sanitasi telah dijalankan di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Pandai Kundor susulan terdapatnya satu kes positif COVID-19 di kawasan berkenaan, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan berkata, proses itu dijalankan pihak bomba dari Balai Tangga Batu pada jam 3.40 petang tadi.
“Proses ini dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga dan mengelakkan daripada merebaknya penularan pandemik COVID-19.
“Saya mohon warga DUN Pantai Kundor lebih berhati-hati dan waspada dengan berita terkini mengenai kes positif yang berlaku di kawasan ini.
“Diharap semua tidak panik dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Terdahulu, KKM memaklumkan terdapat pertambahan satu kes baharu di Melaka yang berlaku di kawasan Tangga Batu.
Kes itu dikesan melalui saringan yang telah dijalankan.
Views:
Related


Berita Lain
SIJIL ‘MC’ HILANG KEJADIAN TAHUN LEPAS
AYER KEROH 2 April - Rakaman video tular mendakwa berlaku kehilangan sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai...
AL-QURAN JADI PENDAMPING MUALAF
BANDARAYA MELAKA - Perjalanan menjadi seorang mualaf pasti penuh dengan cabaran, namun itu tidak menghalang mereka menghabiskan bacaan 30 juzuk...
PENGGIAT SENI BUDAYA MELAKA TIDAK DILUPAKAN
AYER KEROH 2 April - Institut Warisan Melaka (INSWA) menerusi Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyantuni seramai 16 bekas penggiat...
KAMPUNG DIGITAL ‘PANGKALAN DATA’ SEJAHTERAKAN RAKYAT MELAKA
DUYONG 2 April - Inisiatif Kampung Digital yang dicetuskan Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...