
COVID-19 : JaPen Melaka edar 10,000 bahan penerbitan
BUKIT BARU 20 Feb. – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Melaka mengedarkan 10,000 bahan penerbitan berkaitan maklumat COVID-19 setakat Januari lalu.
Pengarahnya, Mohd Rizal hashim berkata, kesemua bahan penerbitan itu diagihkan di 361 lokasi menerusi hebahan bergerak Info On Wheels (IOW).
“Sebanyak 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka telah dijelajahi pasukan JaPen Melaka dengan mesej utama berkaitan Pematuhan SOP sepanjang tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga mengenai Proklamasi Darurat.
“Kita juga memberi peringatan dan penjelasan kepada masyarakat melalui pembesar suara yang dibantu rakan strategik JaPen Melaka,” katanya pada sidang media selepas Program IOW di Pusat Niaga Bukit Baru, hari ini.
Program itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman.
Pada masa sama, JaPen Melaka turut memasang kain rentang dan gegantung mengenai proklamasi darurat melibatkan lebih 150 lokasi strategik dan menjadi tumpuan awam di seluruh negeri Melaka.
Hadir sama Penyelaras Parlimen Hang Tuah Jaya, Mohd Ridwan Mohd Ali.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...