
COVID-19: Jabatan Kesihatan Melaka kesan kontak rapat ADUN Ayer Limau
AYER KEROH 1 Okt. – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) sedang mengesan kontak rapat kes COVID-19 membabitkan ADUN Ayer Limau Datuk Amiruddin Yusof.
Menerusi laman rasminya di Facebook, jabatan itu dilaporkan sedang menghubungi kontak rapat Amiruddin dan sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.
“Setelah siasatan lanjut oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka kes ini dikategorikan sebagai kes import B ( Luar Melaka) di Daerah Alor Gajah.
“Kontak rapat sedang dihubungi dan Jabatan Kesihatan sedang melakukan siasatan lanjut,” katanya menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi.
Sementara itu, JKNM turut mengkategorikan kes terbabit sebagai kes import B (luar Melaka) di Daerah Alor Gajah.
Dalam perkembangan sama, terdapat satu kes dilaporkan COVID-19 dilaporkan di negeri ini, dari keseluruhan 260 kes baharu seluruh negara dengan 130 darinya membabitkan warganegara, 129 membabitkan bukan warganegara dan satu kes import.
Views:
Related

Berita Lain
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...
ORANG ASLI TEBONG STESYEN, KUBANG BADAK BAGAIKAN ‘KELUARGA’ KETIKA AIDILFITRI
MACHAP JAYA 2 April - Tradisi ziarah menziarahi di perkampungan Orang Asli Kubang Badak dan Kampung Orang Asli Tebong Stesyen...
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...