
COVID-19: Hishammuddin jalani rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan
Hishammuddin menerusi ciapan di Twitter hari ini memaklumkan walaupun beliau mengalami gejala akibat jangkitan itu, kesihatannya berada dalam keadaan yang baik.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhannya.
“Saya terima banyak mesej ucapan dan doa sejak semalam. Saya mohon maaf tidak dapat balas semuanya. Namun bagi pihak ahli keluarga, saya amat menghargai dan berterima kasih kepada semua pihak yang ambil berat dan doakan kesembuhan saya. Semoga dimakbulkan Allah SWT. insya-Allah,” katanya.
Pejabat Menteri Kanan Pertahanan dalam kenyataan semalam memaklumkan Hishammuddin yang telah menerima dos penggalak disahkan positif COVID-19, sedang menjalani tempoh kuarantin yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Kenyataan itu juga memaklumkan Hishammuddin akan terus memantau dan menjalankan tugas yang sesuai sepanjang tempoh itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...