
COVID 19: Dua lagi sekolah di Terengganu ditutup
KUALA NERUS 5 Okt. – Dua buah sekolah di Terengganu ditutup mulai hari ini hingga 11 Oktober berikutan terdapat pelajar dan muridnya disahkan positif COVID-19.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Salim Ab Ghani berkata dua sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Seberang Takir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir di Kuala Nerus.
“Penutupan sekolah ini dilakukan setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bagi membolehkan aktiviti disinfeksi dilakukan.
“Sehubungan itu, saringan COVID-19 juga akan dilakukan terhadap murid atau guru yang menjadi kontak rapat dengan pesakit COVID-19 di sekolah tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
SMK Kompleks Seberang Takir mempunyai 765 pelajar dan 82 guru manakala SK Kompleks Seberang Takir mempunyai 817 murid dan 63 guru.
Pada Jumaat lepas, SK Padang Kemunting juga di Kuala Nerus ditutup setelah seorang gurunya disahkan positif COVID-19 manakala sehari sebelum itu, sebuah taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Bandar Al Muktafi Billah Shah di Dungun turut ditutup setelah seorang kakitangannya disahkan positif wabak tersebut.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...