
COVID-19 di AS kini ragut 300,000 nyawa
NEW YORK 15 Dis. – Amerika Syarikat (AS) melalui episod mengerikan apabila jumlah korban COVID-19 mencatatkan seramai 300,267 orang pada Isnin, dengan keseluruhan jangkitan kes sebanyak 16.3 juta, memetik data Johns Hopkins University lapor agensi berita Xinhua.
New York melaporkan 35,643 kematian, kekal negeri paling banyak mencatatkan korban diikuti Texas 24,414.
California, Florida dan New Jersey pula merekodkan lebih 17,000 kematian.
Negeri yang melaporkan korban melebihi 10,000 termasuk Illinois, Pennsylvania, Massachusetts, Michigan dan Georgia.
AS diramalkan akan mencatatkan jumlah korban seramai 502,256 orang menjelang 1 April 2021, berdasarkan unjuran semasa.- BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
RXZ RIDE EDITION 3.0: ‘HOMESTAY’ DI MELAKA MERIAH
AYER KEROH 15 Disember - Penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 baru-baru ini dilihat membawa limpahan rezeki kepada pengusaha...
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...

