
COVID-19: Catat 2,335 kes baharu hari ini, yang tertinggi direkodkan – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR 26 Dis – Malaysia merekodkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi sejak pandemik itu melanda negara dengan 2,335 kes hari ini, sekali gus menyaksikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini melepasi angka 20,000 kepada 20,035 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini mencecah 103,900 kes, selain turut merekodkan dua kematian baharu melibatkan warganegara.
Beliau berkata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes baharu tertinggi iaitu 728 kes dengan 677 daripadanya melibatkan kluster-kluster sedia ada dan hasil saringan kontak rapat COVID-19 di lapangan.
“Selangor mencatat sebanyak 710 kes; Johor (412 kes); Sabah (248 kes); Pulau Pinang (58 kes); Kelantan (54 kes); Negeri Sembilan (33 kes); Perak (26 kes) dan Pahang (19 kes).
Sementara itu, Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing merekodkan 16 kes; Sarawak (enam kes); Melaka (lima kes); Wilayah Persekutuan Putrajaya (tiga kes) dan Perlis hanya satu kes,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan jangkitan COVID-19, di sini hari ini. – BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...