
COVID-19: CAC di Bukit Serindit dipindahkan ke MITC Ayer Keroh mulai esok
AYER KEROH 3 Jan – Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bersepadu yang sebelum ini beroperasi di Taman Bandaraya Bukit Serindit dipindahkan ke tempat letak kereta Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.
Pertukaran lokasi di belakang Dewan MITC itu akan mula berkuat kuasa esok (4 Jan).
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan selain CAC, aktiviti pengambilan swab COVID-19 (ujian calitan) dan pemotongan gelang COVID-19 juga akan dipindahkan ke MITC.
“Sehubungan itu, penduduk di sekitar daerah Melaka Tengah bolehlah ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), MITC untuk dinilai oleh pegawai perubatan yang bertugas,” kata kenyataan itu.
Untuk rekod, bagi penduduk di daerah Alor Gajah, CAC yang masih dibuka ialah di Klinik Desa Melekek, manakala di Jasin penduduk boleh ke CAC Klinik Desa Kesang Tua.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...