
COVID-19 : Cabaran, tanggungjawab keluarga bertambah
AYER KEROH 13 Nov. -Anggota keluarga perlu memainkan peranan penting melindungi keluarga masing-masing daripada penularan COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Wira Latipah Omar berkata, perkara itu antara yang perlu ditekankan bagi membendung penularan pandemik itu dalam komuniti.
“Sempena sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK) Negeri, saya menyeru kepada semua ketua keluarga di negeri ini atau Malaysia mengutamakan keluarga mereka dahulu.

“Tanggungjawab dan cabaran keluarga juga makin bertambah, jika dulu enam bulan sekali buat pemeriksaan kesihatan, namun sekarang tiga bulan sekali,” katanya ketika dihubungi MHI.
Katanya, tema sambutan (BKK) tahun ini ialah ‘Kita Jaga Keluarga’ bertepatan dengan situasi ketika ini yang sedang menghadapi ancaman COVID-19.
“Kita nak ke arah negara sejahtera, jadi rakyat juga kena sihat dan menjaga diri mereka,” katanya.
Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan bermula 1 November lalu dan majlis perasmian penutup dijangka disempurnakan Latipah pada 28 November ini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...