
COVID-19: Balai Polis Kuala Sungai Baru ditutup
ALOR GAJAH 17 Julai – Balai Polis Kuala Sungai Baru ditutup 10 hari bermula hari ini hingga 26 Julai ini susulan beberapa pegawainya positif COVID-19.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah pegawai dan anggota serta ahli keluarga yang positif wabak itu.
“Balai Polis Kuala Sungai Baru akan ditutup bermula jam 2 petang ini sehingga 26 Julai.
“Bagi perkhidmatan polis kepada masyarakat di bawah pentadbiran balai berkenaan seperti rondaan cegah jenayah Kereta Peronda (MPV ) dan Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) tetap dijalankan seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata sebarang urusan berkaitan termasuk permohonan permit rentas daerah dan negeri diminta merujuk ke Balai Polis Lubok China dan Balai Polis Masjid Tanah.
“Masyarakat khususnya di bawah pentadbiran Balai Polis Kuala Sungai Baru boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Alor Gajah di talian 06-5564153 atau 06-5566573 jika memerlukan bantuan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...