
COVID-19: 869 kes baharu direkodkan hari ini, empat kematian baharu
MELAKA 17 Okt. – Angka penularan harian COVID-19 hari ini melonjak kepada 869 kes, iaitu yang tertinggi pernah dicatatkan sejak penularan wabak berkenaan di negara ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kesemua 869 kes tersebut merupakan penularan tempatan.
“Sabah kekal mencatatkan bilangan tertinggi, iaitu 451 kes, diikuti Pulai Pinang dengan 189 kes, Selangor (159 kes), Kedah (38 kes), Kuala Lumpur (15 kes), Sarawak dan Perak masing-masing dengan 4 kes.
“Diikuti, Terengganu (3 kes), Putrajaya dan Johor 2 kes, manakala Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing dengan 1 kes,” katanya.
Setakat jam 12 tengah hari tadi, 302 pesakit telah sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah kumulatifnya 12,561 kes.
Manakala, empat kematian direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif 180 kes. Sejumlah 6,886 kes aktif turut direkodkan dengan 91 darinya dirawat di pusat rawatan rapi dengan 30 darinya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Turut direkodkan 302 kes sembuh baharu, menjadikan 12,561 kes sembuh kumulatif.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...