
COVID-19: 660 kes baharu hari ini, empat kematian turut direkodkan
Masa Membaca:31 Saat
KUALA LUMPUR 14 Okt. – Bilangan kes positif COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan tiga angka, dengan 660 kes baharu dilaporkan hari ini, selain turut merekodkan empat kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah masih terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 429 kes atau 65 peratus, manakala Kedah mencatatkan 113 kes (17.1 peratus) dengan 109 kes adalah daripada Kluster Tembok
“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 17,540 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,768 kes,” katanya dalam sidang media secara maya mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.
–BERNAMA
Views:
214