
COVID-19: 53 individu positif, 1 kematian dilaporkan hari ini
AYER KEROH 3 Feb. – Melaka merekodkan 53 kes baharu COVID-19 dengan satu kematian, hari ini.
Mengikut kenyataan Jabatan Kesihatan negeri, dari jumlah itu seramai 51 individu disahkan positif membabitkan kes tempatan, manakala dua lagi kes import.
Katanya, keseluruhannya sebanyak 938 kes masih dirawat di Hospital Melaka dengan 12 individu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala seramai tujuh individu menggunakan bantuan alat pernafasan.
Biarpun Melaka mencatatkan penurunan kes untuk hari ketiga berturut-turut hari ini, masih terdapat 18 kluster aktif dikesan di negeri ini.
Menurut kenyataan itu, sebanyak 131 kes sembuh dicatatkan iaitu 126 kes jangkitan tempatan dan lima kes import.
Views:
Related

Berita Lain
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI, KEMBALIKAN NOSTALGIA BERAYA DI KAMPUNG
SUNGAI RAMBAI 21 April - Pemilihan rumah tradisional Melayu lama sebagai tapak penganjuran, menghidupkan kembali nostalgia menyambut hari raya di...
RV PARK TETC LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN, ANTARA YANG TERBAIK DALAM NEGARA
RIM 21 April - Pelbagai kemudahan asas yang lengkap menjadikan Taman Kenderaan Rekreasi (RV Park) di Taman Extreme Tasik Chinchin...
LEBIH 5,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN REMBIA
REMBIA 20 April - Lebih 5,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kompleks Japerun...
SISTEM KEMASUKAN KE MRSM, SBP AKAN DISELARAS MULAI JANUARI TAHUN DEPAN – TPM AHMAD ZAHID
LENGGONG 20 April - Sistem kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diselaraskan mulai...