
COVID-19: 4,498 kes baharu direkodkan hari ini
KUALA LUMPUR 7 Mei. – Malaysia merekodkan 4,498 kes COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, setelah lebih sebulan (39 hari) mencatatkan angka terendah iaitu 941 kes pada 29 Mac.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata jumlah kes baharu itu menjadikan kes kumulatif COVID-19 di dalam negara kini berjumlah 432,425 kes.
Dalam tempoh 24 jam lalu, Selangor masih merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 1,424 kes diikuti Sarawak (750) dan Kuala Lumpur (436).
Johor pula mencatatkan 327 kes, diikuti Pulau Pinang (313); Kelantan (297); Kedah (209); Negeri Sembilan (188); Sabah (153); Perak (148); Terengganu (87); Pahang (78); Melaka (74); Putrajaya (lapan); Perlis (empat) dan Labuan (dua).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENAHANAN PEMIMPIN KANAN PARTI POLITIK TIADA KAITAN DENGAN AB RAUF
AYER KEROH 16 April - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang juga...
BEKAS ANGGOTA IMIGRESEN DITAHAN BANTU SIASATAN KES RASUAH LEBIH RM10 JUTA
KUANTAN 16 April - Seorang lagi bekas anggota Jabatan Imigresen ditahan semalam kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga...
POLIS TERIMA 13 LAPORAN BERKAITAN ILUSTRASI JALUR GEMILANG TIDAK LENGKAP
KUALA LUMPUR 16 April - Polis menerima 13 laporan berhubung sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina yang menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang...
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...