Covid-19: 39 kontak rapat dikenal pasti
PAYA RUMPUT 28 Sept. – Seramai 39 kontak rapat membabitkan dua kes baharu yang disahkan positif Covid-19 di Jasin sudah dikenal pasti dan telah menjalani ujian saringan Covid-19.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Rahmad Mariman berkata, kesemua mereka kini sedang menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian saringan.
“Bagi kes pertama seramai 28 kontak rapat dikenal pasti diikuti 11 individu kepada kes kedua yang disahkan positif Covid-19.
“Susulan itu Jabatan Kesihatan negeri telah melakukan proses disinfeksi di kediaman pesakit, premis pekerjaan serta lokasi yang terbabit selain pesakit kini dirawat di Hospital Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Pusat Hemodialisis Komuniti Melaka, di Klinik Kesihatan Cheng, yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan negeri Dr. Ismail Ali.
Sementara itu, mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 10,507 premis diperiksa Jabatan Kesihatan Negeri dalam memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jun sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Dalam tempoh itu juga sehingga semalam, sejumlah 181 notis amaran dikeluarkan dengan 909 kompaun dikeluarkan pihak JKN,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
TIGA MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI LEBUHRAYA PLUS DI REMBAU
REMBAU, 15 Jan - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 226.5 Lebuhraya PLUS Senawang-Ayer Keroh arah utara,...
W.R.U.R BANTU CEPATKAN SELESAI MASALAH PENDUDUK
KUALA LINGGI 15 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menunjukkan keberkesanan apabila mampu menyelesaikan permasalahan dihadapi oleh rakyat....
PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
KUALA LINGGI 15 Januari - Kesungguhan seorang suri rumah Siti Fuatdatul Nor Yusuff yang mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya menerusi...
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...