
COVID-19: 293 kes positif direkodkan hari ini
Masa Membaca:33 Saat
KUALA LUMPUR 4 Okt. – Kes positif COVID-19 hari ini sedikit menurun kepada 293 kes
jangkitan berbanding semalam, yang merekodkan 317 kes.
Angka direkodkan hari ini bagaimanapun menyumbang kepada peningkatan jumlah kumulatif kepada 12,381 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan 292 kes penularan tempatan, masing-masing 269 rakyat tempatan dan 23 bukan warganegara, manakala satu kes lagi adalah kes import.
Katanya, seramai 28 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan, selain tiada kematian dicatatkan, hari ini.
Semalam, jumlah kes positif harian COVID-19 merekodkan 317 kes, satu angka tertinggi sejak virus itu menular dalam negara.
Views:
290