
COVID-19: 22,809 kes baharu, kes kumulatif melebihi tiga juta
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosial hari ini memaklumkanĀ daripada jumlah itu,Ā 99.54Ā peratus atauĀ 22,698 kesĀ adalah dalam kategori satu dan dua manakala baki 104Ā kes atau 0.46Ā peratus, berada dalam kategori tiga, empat danĀ lima.
āKategori satu adalah sebanyakĀ 5,029 kes atau 22.05 peratus; kategori dua 17,669 kes (77.49 kes); kategori tiga, 82 kesĀ (0.36 peratus); kategori empat, 14 kes (0.06 peratus) dan kategori lima, lapan kes (0.04 peratus),ā katanya.
Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan, kategori tiga melibatkan jangkitan paru-paru, kategori empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori lima adalah kritikal, organ rosak serta memerlukan bantuan ventilator. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.