
COVID-19: 22,133 kes baharu, jumlah kedua tertinggi tahun ini
Sebelum ini, Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 yang melepasi paras 22,000 pada Sabtu lepas (12 Feb) dengan 22,802 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Twitter rasminya memaklumkan, kumulatif kes kini adalah 3,083,683.
Beliau berkata 99.34 peratus atau 21,987 daripada jumlah kes baharu itu dalam kategori satu dan dua, manakala 146 kes lagi atau 0.66 peratus berada di kategori tiga, empat dan lima.
Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan, kategori tiga melibatkan jangkitan paru-paru, kategori empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori lima adalah kritikal, organ rosak serta memerlukan bantuan ventilator. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LAPORAN PENUH KEROSAKAN JALAN KORBAN DUA BERADIK DI KLUANG DIPEROLEHI DALAM MASA TERDEKAT
AYER KEROH 26 Mac - Laporan penuh berhubung kerosakan Jalan Persekutuan mengorbankan dua beradik di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara, Johor,...
YAYASAN TM, JAPERUN REMBIA KONGSI REZEKI BERSAMA GOLONGAN MEMERLUKAN
REMBIA 26 Mac - Kerjasama antara Yayasan TM dan Japerun Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, menjadikan Ramadan serta sambutan Aidilfitri...
DISKAUN TOL 50 PERATUS SEMPENA AIDILFITRI – ALEXANDER
KUALA LUMPUR 26 Mac – Kerajaan bersetuju memberikan potongan tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 bagi...
SENTUHAN RAMADAN BUKIT KENYALANG GROUP
KOTA LAKSAMANA 26 Mac - Syarikat berkaitan hartanah, pembangunan dan perhotelan, Bukit Kenyalang Group buat julung kalinya menganjurkan program kemasyarakatan...
BULATAN MITC DIBERI ‘SENTUHAN’ BAHARU
AYER KEROH 26 Mac - Bulatan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, bakal berwajah baharu menerusi pelaksanaan kerja-kerja landskap...
AKUAKULTUR: HASIL MENINGKAT, JANA PENDAPATAN LUAR BIASA
TANJUNG BIDARA 26 Mac - Nelayan tempatan diminta agar tidak melepaskan peluang dan bersama-sama menjayakan hasrat Kerajaan Negeri untuk memperkasa,...