Sorting by

×

COVID: 11,618 kes baharu hari ini, tertinggi sejak pandemik melanda negara

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KUALA LUMPUR 14 Julai – Angka kes baharu COVID-19 hari ini mencatatkan 11,618 kes, iaitu rekod harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 867,567, manakala tiga negeri mencatatkan kes baharu empat digit hari ini ialah Selangor 5,051 kes diikuti Kuala Lumpur (1,749) dan Negeri Sembilan (1,537).

Negeri-negeri lain pula merekodkan kes bawah 1,000 iaitu Melaka dengan 526 kes; Kedah (504); Pahang (400); Johor (396); Sarawak (289); Sabah (286); Kelantan (236) dan Pulau Pinang (210).

“Bagi Terengganu sebanyak 189 kes, Perak (164), Putrajaya (40), Labuan (38), manakala Perlis hanya tiga kes,” katanya menerusi ciaptan di Twitternya hari ini.

Hari ini, jumlah kes baharu sekali lagi melepasi angka 11,000 selepas sebanyak 11,079 direkodkan semalam.

Sementara itu menerusi ciapan berasingan, Dr Noor Hisham memaklumkan jumlah sampel COVID-19 bagi ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) dan Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) juga mencatatkan angka tertinggi dengan 131,706 semalam, yang merangkumi 71,111 ujian RTK-Ag dan 60,595 ujian RT-PCR.

Katanya, kapasiti ujian masih boleh ditambah misalnya di makmal-makmal swasta dan diguna pakai terutamanya bagi ujian tertumpu (targeted testing).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

430
Kongsi :
Previous post Wanita pecah masuk lima stesen minyak ditahan
Next post Seluruh negara dijangka mampu beralih ke fasa dua PPN awal Ogos – TPM
Ubah saiz-+=