COO PLUS antara penerima Darjah kebesaran Melaka
AYER KEROH 26 Ogos – Ketua Pegawai Operasi (COO) Projek Lebuhraya Usahasama Berhad dan PLUS Malaysia Berhad Zakaria Ahmad Zabidi dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.
Penganugerahan DPSM itu diberikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-72.
Memegang jawatan sebagai COO PLUS sejak 2017, Zakaria mempunyai pengalaman dalam bidang profesional bersama PLUS lebih 28 tahun.
Beliau juga berperanan menjayakan projek Pelebaran Lorong Ketiga PLUS sekitar tahun 2005 hingga 2008, yang mana projek itu meliputi Seremban-Ayer Keroh, Rawang–Slim River dan Ipoh- Jelapang.
Beliau ketika itu memegang jawatan sebagai pengarah projek.
Pengalaman di persada antarabangsa pula, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar Kanan UEM Group yang berpengkalan di Abu Dhabi dan Doha, Qatar pada tahun 2010 dan Ketua Pegawai Pegawai Eksekutif Uniquest Infra Ventures Ltd, Gurgaon Haryana, India dari 2012 hingga 2017.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...