Sorting by

×

Cikgu veteran berentap di padang sintetik Nyalas

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

ASAHAN 9 Ogos – Padang bola sepak sintetik di Padang Awam Nyalas, di sini, umpama mencetuskan fenomena sukan apabila semakin ramai yang teruja beraksi menggunakan kemudahan moden itu.

Malah kemudahan moden bernilai RM500,000 itu turut menarik perhatian peminat bola sepak dari negeri berjiran.

Terbaharu 36 warga pendidik dan kakitangan Jabatan Pendidikan Daerah Tangkak, Johor menggunakan kemudahan padang berkenaan pada aksi perlawanan persahabatan Riadah Petang Edu Tangkak, berlangsung baru-baru ini.

Peserta, Hairilanuar Hamid berkata, perlawanan bertujuan merapatkan silaturahim antara kakitangan jabatan pendidikan dan guru daerah itu.

“Ramai dalam kalangan peserta adalah kakitangan veteran berumur 40 tahun ke atas dan mahu mencuba kemudahan sukan baharu ini.

“Alhamdulillah, ramai yang puji kemudahan sukan di padang awam ini yang selesa dan luas.

“Malah, boleh dikatakan juga bahawa padang ini merupakan antara yang terbaik di Negeri Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2023-08-08 at 14.25.52
ANTARA aksi dipamerkan guru veteran yang beraksi pada perlawanan bola sepak persahabatan, baru-baru ini.

Menurutnya, perlawanan itu bukanlah mencari pemenang, sebaliknya ia bertujuan mengeratkan ikatan silaturahim antara warga kerja.

“Selain mengeratkan ukhwah, perlawanan dianjurkan ini juga bertujuan untuk menggalakkan peserta untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan.

“Diharapkan program sebegini dapat diadakan secara berterusan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2417
Kongsi :
Previous post Maut tercampak langgar skuter keluar simpang
Next post LTdL 2023: Peluang promosi Melaka di mata dunia
Ubah saiz-+=