Sorting by

×

Chohong miliki gelanggang futsal baharu

Masa Membaca:57 Saat

RIM 20 Julai – Anak muda di Chohong kini boleh menikmati fasiliti sukan berkualiti menerusi pembinaan gelanggang futsal baharu yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, pembinaan gelanggang futsal untuk anak muda itu merupakan antara manifesto yang dibawanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Katanya, janji itu termaktub di dalam manifesto dibawanya berikutan rata-rata anak muda dan belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim meminta dibangunkan fasiliti sukan di kawasan tersebut.

“Alhamdulillah (gelanggang futsal) ini hampir menjadi kenyataan. Saya harapkan sesiapa sahaja yang bermain di sini dapat menjaga fasiliti ini dengan baik.

“Selepas ini, akan ada beberapa lagi gelanggang futsal di beberapa kampung (dalam DUN Rim) dalam fasa pembinaan.

“Selain itu, saya juga memberi fokus kepada baik pulih gelanggang futsal sedia ada,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya.

Dalam pada itu, Khaidhirah yang juga Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri turut bercadang memanggil lebih ramai belia untuk memberi maklum balas.

Katanya, maklum balas itu diperlukan bagi mengetahui apa lagi yang perlu ditambah baik dalam DUN Rim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1670
Kongsi :
Previous post Majoriti penuntut IPT berpeluang mengundi
Next post Jenayah indeks di seluruh negara menurun – KPN
Ubah saiz-+=